PERUMAHAN TERBENGKALAI: SUATU KAJIAN KES PENDUDUK KAMPUNG BUNGA RAYA, SUNGAI BULOH, SELANGOR

Republished - SDGS and Grassroots Realities 2021 in Edited book by Teo Sue Ann

BOOK

Dr. Nurfarhana Che Awang

6/5/20251 min read

white concrete building
white concrete building

Photo: Hostinger.com

ABSTRAK

Di Malaysia, fenomena projek perumahan terbengkalai semakin meningkat dan sering menjadi polemik pelbagai pihak. Isu ini seolah tiada penyelesaian dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, pihak swasta dan pihak pembeli. Fenomena ini seolah membentuk ‘domino effects’ yang akhirnya memberi kesan yang besar terutamanya kepada pihak pembeli kerana mengakibatkan kerugian wang dan masa. Faktornya disebabkan oleh dasar dan undang-undang perumahan negara yang digubal seolah-olah tidak memihak kepada rakyat (pembeli), sebaliknya memihak kepada golongan kapitalis iaitu pemaju perumahan. Kajian kes ini memfokuskan kepada projek perumahan Kampung Bunga Raya yang telah terbengkalai selama 30 tahun. Fokus utama kajian ini adalah apakah faktor-faktor yang menyebabkan projek perumahan Kampung Bunga Raya terbengkalai walaupun pelbagai usaha telah diambil dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Kajian ini amat penting untuk diterokai kerana isu projek perumahan Kampung Bunga Raya memberi impak yang besar kepada penduduk yang terlibat serta hasil kajian ini dapat mewakili 210suara masyarakat terpinggir yang menghadapi isu yang sama di seluruh Malaysia. Oleh itu, hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa faktor kepada terbengkalainya projek perumahan Kampung Bunga Raya ini berpunca daripada pemanipulasian, penyelewengan, dan penipuan pihak tidak bertanggungjawab terhadap penduduk Kampung Bunga Raya. Maka dengan itu, kajian kes ini merupakan suatu kes yang sangat menarik untuk dikupas dan dikaji dalam menilai apakah isu, kesan, polisi dan implikasi dasar terhadap kes yang terjadi.